Berita Dunia
19 maut tertimbus sampah di tapak pelupusan di Uganda

KAMPALA, Uganda 12 Ogos – Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam bencana bukit sampah runtuh di sebuah tapak pelupusan di ibu negara Uganda, Kampala, lapor portal berita Wion News.
Difahamkan, hujan lebat mengakibatkan tapak pelupusan sampah Kiteezi itu runtuh dan menimbus kediaman, haiwan ternakan dan manusia pada Sabtu lalu.
Bercakap kepada AFP, wakil penduduk setempat, Yasin Ndide berkata, seramai 19 orang termasuk lima kanak-kanak disahkan meninggal dunia.
“Misi menyelamat sedang berjalan tetapi harapan untuk menemui lebih ramai mangsa terselamat semakin tipis,” katanya.
Terdahulu, jurucakap polis metropolitan Kampala, Patrick Onyango memberitahu bahawa mereka telah mengeluarkan 12 mayat dari bawah timbunan sampah dan menyelamatkan 14 mangsa lain.
“Operasi menyelamat masih diteruskan sehingga kita pasti tiada sesiapa lagi terperangkap di bawah (timbunan sampah),” katanya.
Onyango mendedahkan bahawa mereka turut menyelamatkan sejumlah haiwan termasuk seekor anjing.
Katanya, mengikut anggaran pihak berkuasa, kira-kira 1,000 orang hilang tempat tinggal dalam bencana itu.
Polis kini bekerjasama dengan agensi kerajaan dan kepimpinan masyarakat lain untuk cuba cara membantu mangsa yang terjejas, katanya.
Bandar Kampala, Erias Lukwago menyifatkan tapak pelupusan sampah itu sebagai bencana yang menunggu untuk berlaku.
Katanya, tapak pelupusan seluas 14 hektar di daerah utara ibu kota Kampala itu sarat dengan sampah sarap. – AGENSI
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm