Berita Dunia
Lantik menteri miliki rekod jenayah, PM Thailand dilucutkan jawatan

BANGKOK 14 Ogos - Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu memutuskan Srettha Thavisin dilucutkan daripada jawatan Perdana Menteri selepas didapati bersalah melantik seorang menteri yang mempunyai rekod jenayah pada Mei lepas.
Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa Srettha bersalah melanggar Perlembagaan kerana melantik Pichit Chuenban sebagai menteri, walaupun mengetahui rekod sabitan kesalahan Pichit kerana menghina mahkamah.
Dalam undian majoriti 5-4, Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa kedudukan Perdana Menteri Srettha Thavisin sememangnya tidak lagi wujud kerana kekurangan integriti, kehilangan kelayakan di bawah Perkara 160 (4) Perlembagaan serta tindakannya melanggar piawaian etika yang serius seperti yang dinyatakan dalam Perkara 160 (5).
Mahkamah mendapati bahawa Srettha, walaupun mengetahui tentang sabitan lepas Chuenban kerana menghina mahkamah, beliau masih mencadangkan pelantikannya sebagai menteri.
"Ini menunjukkan kekurangan integriti, pelanggaran langsung terhadap Perkara 160 (4) Perlembagaan," menurut keputusan mahkamah dalam satu kenyataan.
Akibat pemecatan Perdana Menteri, seluruh kabinet turut dibubarkan mengikut Perkara 167 perenggan satu (1) Perlembagaan. - Bernama
#PERDANAMENTERI #THAILAND #SRETTHATHAVISIN
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm