Berita Berita
MOT tubuh Pasukan Petugas Khas siasat tragedi lori rempuh trak FRU

KUALA LUMPUR 13 Mei - Susulan kemalangan ngeri yang meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) pagi tadi di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat punca insiden dan mencadangkan penambahbaikan segera dari segi keselamatan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pasukan itu akan dibentuk dalam masa terdekat, dan akan dianggotai oleh pakar teknikal serta individu bebas yang berwibawa.
“Ini adalah tindakan segera kementerian selain siasatan yang akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini akan membantu meneliti faktor teknikal serta kelemahan sistemik, termasuk aspek pemeriksaan kenderaan berat,” katanya dalam sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat JK-MKKJR Bilangan 1 Tahun 2025, hari ini.
Pasukan petugas khas ini dijangka akan memberi laporan awal serta syor kepada kementerian bagi membolehkan tindakan tegas dan pantas diambil, termasuk kemungkinan reformasi ke atas piawaian PUSPAKOM, latihan pemandu, serta prosedur logistik melibatkan kenderaan berat.
Kronologi Ringkas Tragedi
Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi, sebuah lori muatan batu dipercayai hilang kawalan akibat kerosakan stereng lalu merempuh trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu. Sembilan anggota disahkan maut, tiga lagi parah manakala selebihnya mengalami kecederaan sederhana.
Pemandu lori berusia 45 tahun kini dalam tahanan dan memiliki rekod jenayah lampau termasuk kesalahan dadah, walaupun ujian air kencing awal adalah negatif. - Media Telus
Berita berkaitan
May 13, 2025, 6:13 pm
Ramasamy dijangka berdepan 17 tuduhan pecah amanah bernilai RM850,000 esok
May 13, 2025, 5:20 pm
Ahmad Zahid: Pemilik lori juga perlu bertanggungjawab dalam tragedi nahas FRU
May 13, 2025, 5:05 pm
Agong, Raja Permaisuri zahir dukacita atas tragedi nahas FRU di Teluk Intan
May 13, 2025, 4:58 pm
Pemandu lori terbabit nahas FRU ada rekod jenayah lampau
May 13, 2025, 4:05 pm
Malaysia masih menanti jawapan Arab Saudi berhubung kuota tambahan haji
May 13, 2025, 2:47 pm