TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar Tingkatan 2 lemas ketika cuba lepaskan mata kail tersangkut dalam sungai di Chukai

By
|
Kongsi
image

 

CHUKAI 13 Mei – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Kampung Padang Kemunting, dekat Ibok, petang semalam.

Mangsa, Mohamad Shahrizuan Hafizi Mohamad Azli, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman sekitar jam 7.37 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli, kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi ketika mangsa turun ke sungai bersama empat rakannya untuk memancing.

“Difahamkan, mangsa cuba melepaskan mata kail yang tersangkut pada kayu di dalam sungai sebelum terjatuh dan lemas.

"Malangnya, kesemua rakannya tidak mampu membantu kerana air sungai terlalu dalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang awam yang dimaklumkan mengenai kejadian segera membantu dan seorang penduduk kampung bertindak terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa berjaya dibawa naik dan diberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum pasukan bomba tiba dan membawanya ke hospital. Namun, mangsa tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

+ - reset