TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mohd Nasir Ahmad dilantik Pengerusi baharu Prasarana, Amir Hamdan pemangku PGCEO Mulai 15 Julai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 Julai – Tan Sri Mohd Nasir Ahmad dilantik sebagai Pengerusi baharu Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa 1 Ogos ini, menggantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 April lalu.

Menurut kenyataan rasmi Prasarana hari ini, Mohd Nasir merupakan tokoh berpengalaman luas dalam bidang korporat dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sehingga 2011. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Kumpulan CIMB Holdings Berhad sejak 2018.

Dalam perkembangan berkaitan, Prasarana turut mengumumkan pelantikan Amir Hamdan sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO), berkuat kuasa 15 Julai ini. Beliau menggantikan Mohd Azharuddin Mat Sah, yang akan menamatkan perkhidmatannya sehari sebelum itu.

“Pelantikan ini mencerminkan komitmen Prasarana dalam memastikan kesinambungan kepimpinan serta kelangsungan operasi syarikat, selaras dengan misi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, efisien dan kompetitif,” menurut kenyataan itu.

Amir sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan serta mutu perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana.

Beliau menyertai Prasarana pada 2019 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan, sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd pada 2022. Di Rapid Rail, Amir menerajui pelbagai inisiatif penambahbaikan yang meningkatkan kebolehpercayaan dan prestasi perkhidmatan rel.

Amir merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Lincoln University, New Zealand, dan Sarjana dalam Amalan Kewangan Islam dari INCEIF University. Beliau juga ahli bertauliah Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). - Media Telus

+ - reset