Berita Berita
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis

REMBAU 29 Julai – Hasil bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemui tertanam di kawasan belukar di Rompin pada Isnin lalu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jerutan di leher menggunakan pengikat kabel.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, proses bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Rembau bermula jam 12 tengah hari dan mayat dibawa keluar sekitar jam 4.26 petang.
“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher. Ia boleh menyebabkan kematian dan dalam kes ini dipercayai dilakukan menggunakan pengikat kabel (cable tight),” katanya pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.
“Berdasarkan soal siasat awal, suspek dipercayai berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.
“Setakat ini, suspek tidak memberikan respons yang positif. Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya lagi.
Mayat mangsa, yang dikenali sebagai M Tishant, sebelum ini dilaporkan hilang di Johor Bahru pada Khamis lalu. Namun, siasatan membawa kepada penemuan jasadnya yang tertanam di kawasan belukar di Rompin.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 36 tahun, yang juga bapa kandung mangsa, ditahan dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, suspek mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan dalam kereta ketika dia keluar membeli makanan.
Berita berkaitan
July 30, 2025, 10:06 am
Naikkan cukai vape sementara tunggu pengharaman penuh, KKM jangan terus diam diri – Wan Saiful
July 30, 2025, 8:05 am
Rafizi antara tujuh pemimpin dilihat berpotensi jadi PM ke-11
July 30, 2025, 7:44 am
KPM serah sepenuhnya siasatan kes guru ditumbuk kepada polis
July 30, 2025, 7:11 am
Kes buli pelajar sekolah menengah diselesaikan di peringkat sekolah
July 30, 2025, 6:57 am
Guru besar maut kemalangan, kereta terbakar 80 peratus
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm