Berita Berita
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI 29 Julai – Seorang anggota polis wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Balai Polis Taman Universiti di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi di Kilometer 28 Jalan Gelang Patah–Pendas, melibatkan dua kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Waja.
“Siasatan awal mendapati mangsa memandu Proton Saga dari arah Gelang Patah menuju ke Skudai. Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah Proton Waja dari arah bertentangan telah membelok ke simpang kiri tanpa berhenti walaupun lampu isyarat berwarna merah.
“Tindakan itu menyebabkan perlanggaran berlaku antara kedua-dua kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anggota polis berkenaan yang berusia 37 tahun dan pemandu Proton Waja berusia 41 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Pemandu Proton Waja pula dilaporkan cedera parah dan masih belum sedarkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322. – Media Telus
Berita berkaitan
July 30, 2025, 10:06 am
Naikkan cukai vape sementara tunggu pengharaman penuh, KKM jangan terus diam diri – Wan Saiful
July 30, 2025, 8:05 am
Rafizi antara tujuh pemimpin dilihat berpotensi jadi PM ke-11
July 30, 2025, 7:44 am
KPM serah sepenuhnya siasatan kes guru ditumbuk kepada polis
July 30, 2025, 7:11 am
Kes buli pelajar sekolah menengah diselesaikan di peringkat sekolah
July 30, 2025, 6:57 am
Guru besar maut kemalangan, kereta terbakar 80 peratus
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm