Berita Berita
KPM mula siasatan dalaman kes pelajar jatuh bangunan tingkat tiga asrama di Sabak Bernam
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan proses siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pada masa sama, Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah yang seorang pelajarnya terbabit kemalangan, ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai.
"Saya mengambil perhatian kemalangan yang membabitkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Selangor hari ini.
"Pelajar berkenaan sedang mendapat rawatan di hospital. Laporan kepada polis sudah dibuat supaya siasatan lanjut boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Fadhlina berkata, beliau akan memastikan siasatan dijalankan secara terperinci semua aspek berkaitan termasuk dakwaan buli dalam kejadian ini.
"Saya mendoakan supaya anakanda diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini," katanya.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
