Berita Berita
MCMC menang saman terhadap 'admin' Edisi Siasat
KUALA LUMPUR 14 Nov - m Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mencapai kejayaan dalam tindakan sivilnya terhadap dua pentadbir saluran Telegram ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan penghakiman ingkar berhubung penerbitan 33 artikel yang dianggap memudaratkan.
MCMC sebagai plaintif memperoleh penghakiman berkenaan selepas dua individu yang tidak dikenal pasti itu gagal memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan masing-masing pada 10 dan 24 September lalu.
Peguam MCMC, Wong Guo Jin berkata, Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan tersebut setelah kedua-dua defendan dan peguam mereka tidak hadir pada prosiding.
“MCMC telah memfailkan permohonan penghakiman ingkar ini pada 25 September lalu bagi beberapa tuntutan yang dimasukkan melalui writ dan pernyataan tuntutan bertarikh 21 Mei.
“Peguam bagi kedua-dua defendan juga tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding ini,” katanya.
Menurut Wong, mahkamah membenarkan permohonan itu, namun ganti rugi am dan teladan akan ditaksirkan pada tarikh lain. Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes.
Pada 21 Mei lalu, MCMC memfailkan saman dengan menamakan dua pentadbir saluran itu serta Telegram Messenger Inc sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutan, MCMC mendakwa saluran Telegram berkenaan terlibat dalam kempen terancang sejak 6 Februari 2024 yang menyasarkan Institusi Diraja serta badan dan institusi awam.
MCMC turut menuduh defendan menyebarkan berita palsu dan mengelirukan dengan tujuan mengganggu ketenteraman awam serta melemahkan kepercayaan terhadap tadbir urus negara.
Plaintif menyifatkan semua dakwaan dalam saluran tersebut sebagai rekaan tanpa bukti, selain berniat jahat mencetuskan kebencian terhadap kerajaan Malaysia.
Menurut MCMC, penerbitan berita palsu itu menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap institusi kerajaan, selain menimbulkan kebimbangan berhubung privasi dan keselamatan data.
Plaintif juga mendakwa saluran itu terus menerbit dan menyebarkan kandungan jelik, palsu serta mengancam terhadap Institusi Diraja Malaysia dan institusi awam hingga tarikh pemfailan saman.
Susulan itu, MCMC memohon deklarasi bahawa defendan pertama dan kedua membenarkan serta memudahkan penggunaan saluran tersebut bagi menerbit dan mengedar kandungan memudaratkan, manakala defendan ketiga didakwa bersubahat dan tidak memadam saluran berkenaan walaupun diarahkan secara statutori.
Pada 19 Jun lalu, MCMC mengeluarkan kenyataan memaklumkan tindakan sivil itu adalah yang pertama seumpamanya terhadap penyedia platform media sosial, memandangkan Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
