Berita Berita
Dua pelajar IPG lemas ketika mandi sungai di Setiu
SETIU 14 Nov - Aktiviti mandi sungai bersama rakan bertukar tragedi apabila dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, ditemukan lemas di Sungai Pelong, dekat Sungai Dusun Warisan Pelong, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi melibatkan Adam Arief Jazlansanadi, 19, dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hazmi Othman, 19, dari Sungai Petani, Kedah.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati Adam dipercayai tergelincir dari batu di tebing sungai sebelum berpaut pada rakannya.
“Mangsa kedua, Hazmi, terjun ke dalam air untuk membantu rakannya namun turut dibawa arus dan lemas,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa berada di lokasi bersama 24 rakan lain bagi menghadiri Program Kelas IPG Batu Rakit.
“Kejadian berlaku ketika mereka sedang mandi. Adam tergelincir, cuba diselamatkan rakan namun gagal. Hazmi pula terjun untuk membantu tetapi turut dihanyutkan akibat pusaran air,” katanya.
Mayat Hazmi ditemukan terlebih dahulu sebelum mayat Adam dijumpai 50 minit kemudian dengan bantuan penduduk kampung.
Kedua-dua jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
Pahang mula laksana WFH dua hari seminggu bantu rakyat tangani kos sara hidup
April 1, 2026, 4:27 pm
Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi tangani krisis tenaga global
April 1, 2026, 4:06 pm
