TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua pelajar IPG lemas ketika mandi sungai di Setiu

By
|
Kongsi
image

 

SETIU 14 Nov - Aktiviti mandi sungai bersama rakan bertukar tragedi apabila dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, ditemukan lemas di Sungai Pelong, dekat Sungai Dusun Warisan Pelong, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi melibatkan Adam Arief Jazlansanadi, 19, dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hazmi Othman, 19, dari Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati Adam dipercayai tergelincir dari batu di tebing sungai sebelum berpaut pada rakannya.

“Mangsa kedua, Hazmi, terjun ke dalam air untuk membantu rakannya namun turut dibawa arus dan lemas,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berada di lokasi bersama 24 rakan lain bagi menghadiri Program Kelas IPG Batu Rakit.

“Kejadian berlaku ketika mereka sedang mandi. Adam tergelincir, cuba diselamatkan rakan namun gagal. Hazmi pula terjun untuk membantu tetapi turut dihanyutkan akibat pusaran air,” katanya.

Mayat Hazmi ditemukan terlebih dahulu sebelum mayat Adam dijumpai 50 minit kemudian dengan bantuan penduduk kampung.

Kedua-dua jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat.

+ - reset