Berita Berita
Sanusi dakwa isu cukai pintu dan roti Gardenia diputar untuk kempen PRN Sabah
Kota Kinabalu 17 Nov – Dakwaan kenaikan cukai pintu sehingga 245 peratus di Kedah yang dibawa ke pentas ceramah politik di Sabah disifatkan sebagai naratif yang sengaja diputar sehingga mencetuskan polemik termasuk isu roti Gardenia dalam kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata isu berkenaan dibesar-besarkan sehingga dijadikan modal politik oleh pihak lawan.
“Benda kecil dibawa jauh ke Sabah untuk dibesarkan bagi memberi imej buruk kepada Perikatan Nasional (PN). Izinkan saya jelaskan bagaimana ucapan itu keluar daripada Yang Berhormat Kuala Ketil. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hanya mencadangkan semakan semula cukai pintu,” katanya.
Sanusi menjelaskan dakwaan kenaikan cukai pintu itu masih di peringkat semakan.
“Pemimpin Pakatan Harapan (PH) bawa isu ini ke Sabah, sedangkan belum ada keputusan. Masih di peringkat perbincangan dan pemilik terkesan boleh membuat bantahan. Namun satu Malaya kononnya bercakap seolah-olah cukai di Kedah naik 245 peratus, padahal belum diputuskan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah #Karambunai Kasijadi di Taman Sepanggar pada Ahad, yang turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan calon PN DUN Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan.
Sanusi menjelaskan cadangan kenaikan yang disebut itu hanya membabitkan sebuah kilang perabot, iaitu daripada RM400 kepada RM1,100 selepas lebih 30 tahun tidak dikemas kini.
“Waktu kilang dibuka tahun 90-an, kerajaan beri insentif dengan menetapkan cukai RM400. Selepas taksiran semula, ia naik kepada asal iaitu RM1,100. Kenaikan itu hanya melibatkan kawasan MBAS, bukan seluruh Kedah,” katanya.
Beliau berkata, dalam persidangan DUN Kedah baru-baru ini, kerajaan menjelaskan bahawa cadangan MBAS masih menunggu kelulusan negeri dan ruang bantahan selama 42 hari dibuka mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1971.
“Namun pemimpin PH putar cerita seolah-olah kerajaan negeri sudah meluluskan kenaikan cukai. Ini satu pembohongan,” tegasnya.
Sanusi turut membidas tindakan membawa isu berkenaan ke Sabah sehingga timbul polemik “roti Gardenia”.
“Tekanan satu negara seolah-olah Kedah naik cukai besar-besaran 245 peratus, dan ia dibawa ke Sabah untuk kempen. Itu sebab disebut roti Gardenia—lebih baik bagi orang makan roti daripada bawa berita tidak benar,” katanya.
Tambah beliau, tindakan memutarbelit isu boleh merugikan rakyat Sabah jika ia mempengaruhi keputusan pengundian berdasarkan maklumat yang tidak tepat.
“Kalau Sabah tolak PN hanya kerana isu roti, itu rugi untuk rakyat Sabah sendiri. Datuk Dr Aliakbar orang baik, akademik, lama berkhidmat untuk rakyat. Tak wajar ditolak hanya kerana isu yang diputar,” katanya.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
