Berita Berita
Pakai tudung tapi berseluar pendek, JAIS siasat wanita senam aerobik berpakaian tidak sopan
KUALA LUMPUR 19 Jan - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat rakaman video aktiviti senaman aerobik yang tular baru-baru ini dan didakwa berlaku di Bukit Badong, Selangor.
Rakaman video itu memaparkan seorang wanita bertudung memakai baju putih dan skirt pendek ketika aktiviti senam aerobik.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata siasatan yang dilakukan pihaknya termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu-individu yang terbabit dalam acara itu.
"Pihak JAIS memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang kerana ia sangat tidak beradab.
"Malah, perbuatan itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru itu, beliau berkata, JAIS memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian Hotline JAIS di talian 1800-88-2424.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
