Berita Berita
SPRM teliti dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion babit IJM
KUALA LUMPUR 19 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang meneliti dakwaan serius membabitkan IJM Corporation Bhd berkaitan satu skim pengubahan wang haram yang dianggarkan bernilai RM2.5 bilion.
Sumber dalaman suruhanjaya memaklumkan, seorang individu pengurusan tertinggi syarikat bergelar Tan Sri serta seorang penasihat syarikat dikenal pasti sebagai individu berkepentingan dalam dakwaan berkenaan.
“Pasukan penyiasat kini sedang mengumpul maklumat lanjut berkaitan dakwaan tersebut sebelum satu siasatan rasmi dibuka,” katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, Pejabat Penipuan Serius United Kingdom (SFO) dilaporkan melancarkan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan dua eksekutif berkenaan.
Difahamkan, kedua-dua individu terbabit kini berada di luar negara.
Menurut sumber sama, SPRM turut meneliti dakwaan manipulasi harga saham yang dipercayai berlaku ketika Sunway Group sedang berusaha mengambil alih IJM menerusi satu urus niaga bernilai RM11 bilion.
Sebelum ini, cadangan penggabungan antara kedua-dua syarikat berkenaan dilaporkan berpotensi mengubah landskap sektor hartanah dan pembinaan negara, selain mendorong pemaju serta kontraktor meningkatkan strategi dan daya saing masing-masing.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas IJM dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Berita berkaitan
March 10, 2026, 10:58 pm
Krisis minyak 2026: Thailand mulakan langkah penjimatan, arah agensi kerajaan laksana WFH
March 10, 2026, 6:05 pm
JIM gempur ‘Mini Dhaka’ di Lebuh Pudu, 823 warga asing diperiksa
March 10, 2026, 5:09 pm
Bicara Muhyiddin: Akaun BERSATU terima RM19.3 juta cetus ‘Red Flag’, dilapor kepada BNM
March 10, 2026, 4:41 pm
Alexander Nanta nafi kenyataan kerjasama GPS dengan PAS
March 10, 2026, 4:36 pm
Syahredzan gesa tindakan tegas isu hina simbol suci Hindu
March 10, 2026, 4:24 pm
Insiden bakar kereta Cikgu Chandra jenayah serius – Sanjeevan
March 10, 2026, 4:19 pm
Bekas calon PAS PRU12 maut kereta terjunam dalam sungai
March 10, 2026, 4:14 pm
