Berita Berita
Bapa durjana dipenjara 16 tahun hempas anak dua bulan hingga maut gara-gara bergaduh dengan isteri
Bapa Mengaku Bersalah Bunuh Bayi Dua Bulan, Dipenjara 16 Tahun
KUALA LUMPUR 19 Jan – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian bayi perempuan berusia dua bulan, dalam kejadian yang berlaku empat tahun lalu.
Menurut laporan Bernama, Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Danial Iman Mohd Sharif dan memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada Julai 2022.
Dalam alasan penghakiman bertarikh 15 Januari lalu, Hakim Aslam menegaskan bahawa dalam mana-mana kes jenayah yang melibatkan hukuman, kepentingan awam merupakan faktor penting yang perlu diutamakan oleh mahkamah.
“Tertuduh telah mengaku bersalah tanpa syarat dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun bermula dari tarikh penahanannya. Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan kini telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, antara 30 hingga 31 Julai 2022, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pada 29 Julai 2022, tertuduh bergaduh dengan isterinya sehingga berlaku pergelutan serta membuang telefon bimbit isterinya sebelum wanita itu masuk tidur kira-kira jam 2 pagi dan meninggalkan mangsa bersama tertuduh di ruang tamu.
Ketika bersama bayi berkenaan, tertuduh mengambil mangsa dari atas kusyen yang berada di atas lantai sebelum menghempasnya ke bawah sehingga bahagian pinggang ke atas badan bayi itu terhentak ke lantai, menyebabkan mangsa menangis.
Isteri tertuduh yang terjaga kemudian melihat bayinya menangis sebelum memberinya susu.
Pada kira-kira jam 4.30 petang, wanita itu masih mendengar tangisan bayi yang berterusan dan berasa tidak sedap hati kerana keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pada 31 Julai 2022, kira-kira jam 5.45 petang, tertuduh sekali lagi bertindak merentap tangan, menekan perut dan menghempas mangsa ke atas kusyen di lantai kerana tertekan.
Ketika kejadian itu, kepala bayi berkenaan terkena bucu meja dan mengalami kecederaan.
Isteri tertuduh mendapati bibir bayinya berdarah dan pernafasannya tersekat-sekat sebelum tertuduh memaklumkan bahawa mangsa terhempas dan bibirnya terkena meja palet kayu.
Wanita itu kemudian meminta tertuduh membawa anak mereka ke klinik.
Hasil siasatan mendapati punca kematian mangsa adalah akibat pendarahan dalam kepala disebabkan hentakan objek tumpul ketika tertuduh menghempas bayi berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid manakala tertuduh diwakili peguam Santhakumari.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:23 pm
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
October 23, 2026, 10:05 pm
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
October 23, 2026, 5:17 pm
'Jutaan pencarum berhak tahu' - PGIRM desak KWSP jelaskan dakwaan 'tak cukup duit'
October 23, 2026, 4:00 pm
2027 tahun penting buat KPM, kurikulum baharu bakal dilaksana, jadikan sekolah lebih selamat
October 23, 2026, 3:52 pm
DUN Sarawak bubar bermula Isnin 26 Oktober ini
October 23, 2026, 3:34 pm
TuJu ganti Waze: 'Takpalah jalan jauh sikit, daripada serah maklumat kepada Israel"- Anwar
October 23, 2026, 2:36 pm
Tangki helium meletup ketika kerja kimpalan, lelaki maut di kilang barang lusuh di Kajang
October 23, 2026, 2:22 pm
Ahli PN digesa sokong calon BN pada PRN Melaka – Takiyuddin
October 23, 2026, 1:57 pm
