Berita Berita
Perasuah dalam ATM hanya 'sekelumit' sahaja, ramai lagi yang perlu diburu sampai jumpa - Agong
KUALA LUMPUR 19 Jan - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa kes rasuah yang dikesan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diyakini hanyalah sebahagian kecil daripada masalah sebenar yang lebih besar dan meluas.
Baginda menzahirkan keyakinan bahawa masih ramai perasuah lain di luar sana, termasuk dalam jabatan dan agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM), Jabatan Imigresen Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang perlu diburu sehingga berjaya ditumpaskan.
Baginda turut menegaskan keperluan kerajaan menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi memastikan perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan.
"Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah, dalam Angkatan Tentera Malaysia, sampai peringkat tertinggi. Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sebagai PAT (Panglima Angkatan Tentera).
"Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau tip of iceberg. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana sama ada di Jabatan Kasta, Imigresen, polis dan sebagainya serta termasuk juga yang berada dalam dewan ini akan diburu sampai jumpa.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan," titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan memeriksa barisan pasukan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
