Berita Berita
Melaka umum cuti khas 1 Ramadan untuk penjawat awam
MELAKA 19 Jan - Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan cuti khas kepada semua penjawat awam negeri dan Persekutuan di Melaka sempena 1 Ramadan yang dijangka jatuh pada 19 Februari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata cuti khas itu diberikan sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang komited dan bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun lalu.
Menurut beliau, pengorbanan penjawat awam negeri Melaka jelas terserlah apabila ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja pada hujung minggu, sekali gus mengorbankan masa bersama keluarga.
“Ada suami yang mengadu di ruangan komen, katanya ‘Tok, kesian dekat saya, hujung minggu pun isteri kena kerja’. Saya faham, saya dengar dan saya amat memahami. Inilah gambaran sebenar komitmen penjawat awam negeri Melaka yang sanggup bertugas siang dan malam, berhujan berpanas serta meninggalkan keluarga tercinta demi rakyat Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad.
Ab Rauf berkata, cuti khas itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penjawat awam bagi membuat persiapan menyambut Ramadan bersama keluarga.
“Mudah-mudahan cuti ini dapat digunakan sebaiknya untuk membuat persiapan Ramadan. Semoga ia dapat mendekatkan yang jauh dan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang lama terpisah,” katanya.
Dengan pengumuman itu, Melaka bakal menikmati enam hari cuti umum dan hujung minggu berturut-turut bermula sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 dan 18 Februari, diikuti cuti khas 1 Ramadan pada 19 Februari, Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Februari, serta cuti hujung minggu pada 21 dan 22 Februari. – BERNAMA
Berita berkaitan
January 19, 2026, 9:42 pm
SPRM teliti dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion babit IJM
January 19, 2026, 9:30 pm
'Influencer' media sosial wajib isytihar pendapatan termasuk hadiah, review produk - LHDN
January 19, 2026, 7:30 pm
Bapa durjana dipenjara 16 tahun hempas anak dua bulan hingga maut gara-gara bergaduh dengan isteri
January 19, 2026, 5:10 pm
Saman Najib terhadap Tommy Thomas diselesaikan secara baik
January 19, 2026, 4:36 pm
Penuntut IPT maut tercampak keluar dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya CSR Bentong
January 19, 2026, 3:26 pm
Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah
January 19, 2026, 2:50 pm
Bekas pegawai MARA didakwa 25 pertuduhan pecah amanah bayaran balik pinjaman bernilai RM15,892
January 19, 2026, 2:33 pm
