Berita Berita
Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah
KUALA LUMPUR 19 Jan - Kementerian Luar menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam memudahkan serta menyelaras urusan pengebumian Allahyarham Nadia Kesuma di Jeddah, Arab Saudi.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, penghargaan itu ditujukan khusus kepada Kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd serta agensi-agensi berkaitan yang memberi kerjasama penuh sepanjang proses berkenaan.
Menurut kenyataan itu, Allahyarham yang meninggal dunia pada Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah pada jam 7.35 pagi tadi (waktu tempatan) dengan kehadiran suami serta anak perempuan mereka.
"Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah bekerjasama rapat dengan waris terdekat serta pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan dan menyelaras semua urusan berkaitan pengebumian," katanya.
Allahyarham Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim sebelum ini menyertai pakej Umrah-London-Paris anjuran sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.48 pagi, Selasa lalu.
Berita berkaitan
February 9, 2026, 12:19 pm
Tak sayang nyawa, polis tahan dua remaja buat aksi wheelie seret kepala di Jalan Tun Razak
February 9, 2026, 12:09 pm
JKM kesan ibu bapa bayi ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya
February 9, 2026, 12:01 pm
(VIDEO) Pesara cedera dipukul, diugut susulan kemalangan kecil di Batu 9 Cheras
February 9, 2026, 11:24 am
Hanya 10 peratus bekerja sendiri dilindungi PERKESO, penjaja antara paling terdedah risiko
February 9, 2026, 11:23 am
'Jangan cari masalah, kerajaan tak halang ternak babi tapi pilihlah tempat yang jauh' - Anwar
February 9, 2026, 11:03 am
SARA Untuk Semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah
February 9, 2026, 9:46 am
11 MoU antara Malaysia dan India bukti negara terus dipercayai, keberkesanan kepimpinan Anwar - Ramanan
February 9, 2026, 9:25 am
Tapak pelupusan sisa setinggi enam meter terbakar, operasi padam hampir 10 jam
February 9, 2026, 9:19 am
