Berita Berita
Penuntut IPT maut tercampak keluar dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya CSR Bentong
BENTONG 19 Jan - Seorang penuntut wanita institusi pendidikan tinggi (IPT) maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 19.4, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR), di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian kira-kira jam 7.23 malam itu berlaku apabila Toyota Yaris dipandu rakan mangsa hilang kawalan ketika melalui laluan lurus sebelum terbabas.
“Kenderaan dari Kuala Lumpur menghala ke Raub itu terbabas ke dalam longkang di bahu jalan sebelum berpusing ke arah bertentangan.
“Akibat kemalangan berkenaan, mangsa berusia 19 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemandu Toyota Yaris, seorang lelaki warga asing berusia 20 tahun yang juga penuntut IPT sama, hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurutnya, sebuah Toyota Alphard yang datang dari arah sama turut hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan sebelum menghempap Toyota Yaris berkenaan.
“Pemandu dan tiga penumpang Toyota Alphard termasuk seorang bayi berusia setahun mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Zaiham berkata, sebuah lagi kenderaan iaitu Ford Ranger yang melalui laluan sama dipercayai turut hilang kawalan susulan kejadian itu sebelum terbabas ke dalam longkang konkrit kira-kira 30 meter dari lokasi kemalangan.
“Pemandu dan empat penumpang Ford Ranger berusia antara tiga hingga 23 tahun turut mengalami kecederaan ringan. Ketika kejadian, hujan sedang turun,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
“Pemeriksaan teknikal kenderaan akan dijalankan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan sampel darah serta urin pemandu terlibat telah diambil untuk ujian lanjut,” katanya.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:38 am
JPN gesa henti sebar video lama upacara perkahwinan bukan Islam babit Saifuddin
October 17, 2026, 10:30 am
24 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang paling tinggi
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
