TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga budak termasuk dua beradik ditemui lemas dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya

By
|
Kongsi
image


 

SIBU – 4 Feb Tragedi menyayat hati berlaku di Flat Sibu Jaya di sini apabila tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam kumbahan pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.03 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya segera dikerahkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian, iaitu pada jam 4.10 petang.

"Sebaik tiba, terdapat tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan.

“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri dan sehingga jam 5 petang, pihak bomba masih menunggu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pengesahan lanjut.

Dalam pada itu, identiti kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, bersama adiknya Macx Welwait, 9, serta Daniella Arissa Tayas Ak Maringgai, 10.

"Dua daripada kanak-kanak terbabit merupakan adik beradik dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

+ - reset