Berita Berita
MARA tak sorok 'bawah karpet' kes salah laku, terus lapor SPRM tanpa kompromi - Asyraf Wajdi
KOTA TINGGI 4 Feb - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan komitmen untuk menegakkan integriti organisasi dengan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk rasuah, penyelewengan atau pecah amanah membabitkan pegawai dan kakitangannya.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MARA tidak pernah berkompromi atau menyembunyikan sebarang salah laku, sebaliknya memastikan setiap kes ditangani secara telus mengikut proses perundangan, termasuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.
"Kita tidak akan kompromi, malah tidak pernah menutup atau menyorok kes (salah laku) di bawah permaidani kerana bagi kita, perkara membabitkan soal integriti, disiplin dan kepatuhan kepada tadbir urus yang tinggi adalah sesuatu ditekankan dalam MARA.
"Sebab itu jika ada salah laku, mereka terbabit akan melalui proses biasa, tetapi jika kes pecah amanah membabitkan wang dan sebagainya, kita sendiri akan lapor kepada polis dan SPRM, biar mahkamah menentukannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Logistic Learning Provider (LLP) di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, di sini, hari ini.
Asyraf Wajdi mengulas kes seorang bekas pegawai MARA yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar bulan lalu atas 66 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang bayaran balik pinjaman.
Mengulas lanjut, beliau berkata budaya kerja MARA berpaksikan prinsip 3IP iaitu integriti, ihsan dan inovasi yang digabungkan dengan tahap profesionalisme tinggi dalam perkhidmatan.
"Saya sentiasa mengingatkan warga MARA, budaya kerja kita mesti berteraskan integriti tinggi. Kedua, perlu ada nilai ihsan apabila berdepan pelbagai kelompok masyarakat dan ketiga, inovasi yang diadunkan dengan profesionalisme.
"Sudah tentu kita manusia tak sempurna, tetapi tidak menjadikan alasan kita merelakan ataupun menghalalkan sebarang salah laku yang berlaku," katanya.
Berita berkaitan
February 4, 2026, 3:53 pm
Bakar suar di Jambatan Angkat, 12 penyokong Selangor FC didakwa positif dadah
February 4, 2026, 3:44 pm
'Ada yang menuduh saya mengkhianati negara' - Anwar tegur pembangkang keluar kenyataan biadap
February 4, 2026, 3:02 pm
Remaja cederakan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi diperintah jalani khidmat masyarakat
February 4, 2026, 2:54 pm
Mayat reput separuh bogel ditemui di sungai Pantai Remis, polis sahkan kes bunuh
February 4, 2026, 2:49 pm
Dari tirai besi ke istana: Sultan Selangor terharu kisah bekas banduan PhD diberi pengampunan penuh
February 4, 2026, 2:37 pm
Puad Zarkashi tegur Hannah Yeoh: Hormati kuasa Agong, Datuk Bandar KL bukan jawatan pilihan raya
February 4, 2026, 2:25 pm
Pilihan raya Datuk Bandar KL cuma ‘eksperimen berbahaya’, PN beri amaran
February 4, 2026, 1:46 pm
