Berita Berita
Penderitaan budak 10 tahun jadi mangsa dera berakhir, polis tahan 3 individu termasuk remaja
SUBANG JAYA 4 Feb – Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja selepas dipercayai terbabit dalam kes memukul seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun serta melakukan penderaan terhadap seorang lagi mangsa di sebuah kediaman di Putra Heights, di sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada jam 2.29 petang semalam.
Beliau berkata, mangsa mendakwa dipukul oleh ibu saudaranya selain melaporkan kejadian penderaan membabitkan seorang kanak-kanak yang berlaku di rumah berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal serumah dengan suspek utama iaitu ibu saudaranya, bersama dua lagi sepupu pengadu yang berusia 24 dan 17 tahun.
“Bertindak atas maklumat, polis menahan tiga individu warga tempatan terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 17 hingga 49 tahun bagi membantu siasatan.
“Kejadian dipercayai membabitkan perbuatan memukul mangsa serta penderaan terhadap kanak-kanak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Wan Azlan berkata, semua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penganiayaan kanak-kanak serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
“Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk arahan lanjut,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
February 4, 2026, 10:11 pm
Anggota APM parah kereta dipandu terbabas gara-gara elak anjing melintas di Bagan Datuk
February 4, 2026, 7:45 pm
PM umum pengecualian cukai 10 tahun kepada badan dan yayasan pendidikan
February 4, 2026, 6:58 pm
Tiga budak termasuk dua beradik ditemui lemas dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya
February 4, 2026, 4:41 pm
MARA tak sorok 'bawah karpet' kes salah laku, terus lapor SPRM tanpa kompromi - Asyraf Wajdi
February 4, 2026, 3:53 pm
Bakar suar di Jambatan Angkat, 12 penyokong Selangor FC didakwa positif dadah
February 4, 2026, 3:44 pm
'Ada yang menuduh saya mengkhianati negara' - Anwar tegur pembangkang keluar kenyataan biadap
February 4, 2026, 3:02 pm
Remaja cederakan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi diperintah jalani khidmat masyarakat
February 4, 2026, 2:54 pm
Mayat reput separuh bogel ditemui di sungai Pantai Remis, polis sahkan kes bunuh
February 4, 2026, 2:49 pm
