Berita Berita
Anggota APM parah kereta dipandu terbabas gara-gara elak anjing melintas di Bagan Datuk
BAGAN DATUK 4 Feb - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk cedera parah selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh tiang serta sebatang pokok ketika dalam perjalanan menjalankan tugas di Jalan Simpang Empat–Bagan Datuk berhampiran Kampung Simpang 3 Rungkup, di sini, awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.03 tengah malam itu, mangsa, Prebet (PA) Hafizul Borhan, 26, yang memandu sebuah Nissan Navara dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas di jalan berkenaan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam sebelum menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah melibatkan beberapa organ dalaman termasuk jantung, buah pinggang dan usus selain patah tujuh tulang rusuk, patah tangan kiri serta kedua-dua kaki.
“Anggota terbabit turut mengalami kecederaan di dahi, sakit di bahagian dada serta luka terbuka di bawah lutut.
“Anggota berkenaan dimasukkan ke dewan bedah pada jam 11.50 pagi dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan ditidurkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Fazly berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Manila, Bagan Datuk itu dibawa ke Klinik Kesihatan Selekoh sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, waris mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan pihak APM akan terus memantau perkembangan kesihatan anggota berkenaan.
Berita berkaitan
February 4, 2026, 8:58 pm
Penderitaan budak 10 tahun jadi mangsa dera berakhir, polis tahan 3 individu termasuk remaja
February 4, 2026, 7:45 pm
PM umum pengecualian cukai 10 tahun kepada badan dan yayasan pendidikan
February 4, 2026, 6:58 pm
Tiga budak termasuk dua beradik ditemui lemas dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya
February 4, 2026, 4:41 pm
MARA tak sorok 'bawah karpet' kes salah laku, terus lapor SPRM tanpa kompromi - Asyraf Wajdi
February 4, 2026, 3:53 pm
Bakar suar di Jambatan Angkat, 12 penyokong Selangor FC didakwa positif dadah
February 4, 2026, 3:44 pm
'Ada yang menuduh saya mengkhianati negara' - Anwar tegur pembangkang keluar kenyataan biadap
February 4, 2026, 3:02 pm
Remaja cederakan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi diperintah jalani khidmat masyarakat
February 4, 2026, 2:54 pm
Mayat reput separuh bogel ditemui di sungai Pantai Remis, polis sahkan kes bunuh
February 4, 2026, 2:49 pm
