Berita Berita
Lapan pelajar kolej vokasional di Melaka digantung sekolah pukul rakan potong barisan di dewan makan
MELAKA 9 Feb - Isu remeh berkaitan disiplin ketika waktu makan membawa padah apabila lapan penuntut sebuah kolej vokasional di negeri ini ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan dan memukul seorang pelajar lain, minggu lalu.
Perkara itu disahkan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman yang berkata kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Menurutnya, semua pelajar terbabit kini dikenakan tindakan penggantungan persekolahan selama dua minggu sementara siasatan dijalankan.
Katanya, kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan (KPM) memandangkan ia membabitkan institusi di bawah kementerian itu.
"Kes berkenaan dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan mangsa yang didakwa memotong barisan ketika beratur waktu makan.
"Semua tindakan ketika ini adalah di bawah KPM kerana ia membabitkan kolej dan Jabatan Pendidikan Negeri hanya membimbing dari segi prosedur tindakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rahmad berkata, lapan pelajar terbabit sebelum ini direman bagi membantu siasatan sebelum pihak kolej mengambil keputusan mengenakan penggantungan sementara.
"Setakat ini tiada tindakan buang sekolah dikenakan kepada mereka yang terbabit, namun terdapat pelajar yang memohon pertukaran institusi dan perkara itu tertakluk kepada kelulusan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV), KPM," katanya.
Difahamkan, seorang pelajar kolej terbabit dipercayai dipukul sekumpulan pelajar lain di dalam kawasan kolej, namun mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
Bagaimanapun, kejadian terbongkar selepas mangsa didesak bapanya untuk menjelaskan perubahan tingkah laku yang ditunjukkan, sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.
Berita berkaitan
February 11, 2026, 10:29 am
Hampir sejuta kenderaan membanjiri Kelantan sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan
February 11, 2026, 10:11 am
Lima daerah di Kedah dilanda cuaca panas tahap satu
February 11, 2026, 10:02 am
Lebih 21,000 remaja bawah 19 tahun hamil luar nikah sejak 2019
February 11, 2026, 9:52 am
Api marak subuh, dua keluarga hilang tempat berteduh di Baling
February 10, 2026, 9:41 pm
Persidangan CLEA 2026 himpunkan pakar undang-undang antarabangsa di Kuala Lumpur, April ini
February 10, 2026, 9:33 pm
Kes tibi meningkat hampir 10 peratus, 2,571 kes dilaporkan awal 2026
February 10, 2026, 8:58 pm
Anwar puji peranan KSI sebagai pemikir strategik Asia Pasifik
February 10, 2026, 4:27 pm
Kerajaan, Azam Baki digesa jawab segera dakwaan pemilikan saham – Puad Zarkashi
February 10, 2026, 4:20 pm
Dua budak bawah tiga tahun dilaporkan hilang ditemui di 'rooftop' apartmen Saville Kajang
February 10, 2026, 3:49 pm
