Berita Berita
MAQIS rampas 20kg daging korban tanpa permit dari Bangladesh
KUALA LUMPUR 5 Julai - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas daging lembu korban yang dibawa dari Bangladesh sebaik tiba di balai ketibaan di Kota Bharu, Kelantan.
Daging lembu seberat 20 kilogram disimpan dalam bekas polisterin sebelum pasukan Penguat Kuasa Jabatan MAQIS Negeri Kelantan mengesan barangan itu ketika imbasan dibuat.
Pengarah MAQIS Kelantan, Syed Fuad Syed Putra, berkata pemeriksaan dibuat pada jam 6 petang 26 Jun lalu di laluan ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).
"Daging lembu itu dibawa dari Bangladesh oleh seorang penumpang warga negara itu dan ditemui disorok dalam kotak polisterin serta tidak mempunyai permit sah.
"Lelaki berusia sekitar 40-an itu memberitahu ia adalah daging korban dan ingin memberikannya kepada keluarga di Rantau Panjang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Syed Fuad berkata, daging lembu yang dianggarkan bernilai RM600 itu dirampas untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan menerusi laluan udara adalah bagi menghalang risiko kemasukan penyakit kuku dan mulut (FMD) ke negara ini seterusnya merosakkan industri penternakan negara.
#MAQIS #DAGING #KORBAN
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
