Berita Berita
Remaja maut putus kepala, van ditembusi tiang JKR dirempuh kereta hilang kawalan di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU 20 Mei – Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan mengerikan dipercayai putus kepala selepas van dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, penumpang hadapan van, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 4.12 petang.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI dan sebuah van Nissan Vanette.
“Siasatan mendapati kereta dipandu lelaki berusia 43 tahun itu sedang bergerak dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke Muzium Losong.
“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang JKR,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, kereta berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh van yang datang dari arah Taman Manir menuju ke Bandar Kuala Terengganu.
“Tiang JKR yang dilanggar turut terjatuh dan tertembus masuk ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Menurut Azli, pemandu van berusia 49 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menaiki kereta mengalami kecederaan ringan.
Katanya, empat lagi penumpang kereta termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Berita berkaitan
May 26, 2026, 9:10 pm
Aliran trafik di Lebuh Raya PLUS mula perlahan menghala ke utara dan selatan
May 26, 2026, 9:05 pm
Persiapan Aidiladha bertukar cemas, warga emas 77 tahun hilang dalam kebun kelapa sawit
May 26, 2026, 8:55 pm
Muhammad Amir Sahmat letak jawatan, umum keluar PKR
May 26, 2026, 8:47 pm
Kerajaan umum langkah bantu rakyat hilang kerja dalam tempoh dua minggu
May 26, 2026, 8:34 pm
Operas SAR Jaslinda Saludin hilang di Gunung Batu Putih ditangguhkan ekoran cuaca buruk
May 26, 2026, 6:36 pm
Rider dirempuh pemandu mabuk di Klang meninggal dunia selepas 13 hari bertarung nyawa
May 26, 2026, 6:26 pm
Guru ditahan bantu siasatan kes salah laku seksual terhadap pelajar di Besut
May 26, 2026, 6:00 pm
Bumbung dewan perhimpunan MRSM Kuantan musnah terbakar
May 26, 2026, 5:10 pm
