TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Guru ditahan bantu siasatan kes salah laku seksual terhadap pelajar di Besut

By
|
Kongsi
image

 

BESUT 26 Mei – Seorang guru lelaki ditahan polis hari ini selepas dipercayai terlibat dalam kes salah laku seksual terhadap pelajarnya di sebuah sekolah di daerah ini.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.25 petang Selasa di kediaman keluarganya di sini.

Penahanan dibuat susulan laporan polis yang dikemukakan oleh dua pelajar terhadap guru berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurut beliau, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Difahamkan, pihak polis juga sedang dalam proses permohonan reman terhadap suspek pada petang ini, namun tempoh masa reman masih belum disahkan oleh pihak Majistret dan dijangka bermula esok.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan salah laku membabitkan seorang guru di daerah Setiu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan bahawa isu tersebut kini berada dalam tindakan dan siasatan lanjut pihak kementerian.

Menurut JPN Terengganu, siasatan terperinci sedang dijalankan oleh Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

+ - reset