Berita Berita
Bumbung dewan perhimpunan MRSM Kuantan musnah terbakar
KUANTAN 26 Mei – Dewan perhimpunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di Jalan Tok Sira, Kampung Alor Akar di sini mengalami kebakaran yang memusnahkan keseluruhan struktur bumbung bangunan itu hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.07 tengah hari.
Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Komander operasi Mohd Kamarul Azman Hassan melaporkan kebakaran itu membabitkan bahagian bumbung dewan perhimpunan dengan anggaran kemusnahan 100 peratus pada struktur bumbung bangunan itu.
“Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan mangsa memandangkan semua pelajar MRSM sedang bercuti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Indera Mahkota sebelum kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.56 tengah hari.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik Kebakaran JBPM,” katanya.
Berita berkaitan
May 26, 2026, 6:36 pm
Rider dirempuh pemandu mabuk di Klang meninggal dunia selepas 13 hari bertarung nyawa
May 26, 2026, 6:26 pm
Guru ditahan bantu siasatan kes salah laku seksual terhadap pelajar di Besut
May 26, 2026, 5:10 pm
Jasad Nur Izzati ditemui sempurna di kawasan kebun, tiada tanda serangan haiwan liar
May 26, 2026, 4:06 pm
Polis akan panggil Azam Baki kes ugut Albert Tei
May 26, 2026, 1:46 pm
Empat hari hilang, Nur Izzati Humaira ditemukan meninggal dunia tengah hari ini
May 26, 2026, 1:30 pm
