Berita Berita
PBD yang sebenarnya 'tikus makmal', bukan UPSR – Pakar
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 24 Sept - Istilah 'tikus makmal' yang digunakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk merujuk kepada murid dan pelajar sekolah mendapat perhatian umum khususnya golongan ibu bapa yang mendesak supaya mengembalikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Malah, terdapat ibu bapa yang mengkritik pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang disifatkan sebagai gagal untuk mengukur tahap prestasi murid berbanding peperiksaan sebenar seperti sebelum ini.
Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad, berkata mengembalikan UPSR bukanlah satu eksperimen, malah peperiksaan itu sudah pun dilaksanakan selama 35 tahun sejak 1988 melalui pelbagai perubahan untuk memperbaiki sistem pendidikan negara.
“Sebarang kelemahan yang wujud bukanlah berpunca dari UPSR itu sendiri, tetapi disebabkan oleh pihak yang menyalahgunakan sistem tersebut. Oleh itu, istilah 'tikus makmal' tidak tepat digunakan untuk UPSR.
Sebaliknya, istilah 'tikus makmal' lebih sesuai digunakan untuk PBD, yang telah diuji sejak dimulakan pada 2017 dan masih belum menunjukkan kestabilan,” katanya.
Katanya lagi, keluhan ibu bapa dan guru terhadap PBD semakin bertambah, dengan banyak pihak menggesa agar UPSR dan PT3 dikembalikan. Mereka berpendapat bahawa PBD telah gagal setelah tujuh tahun diuji.
“Sejak mula dilaksanakan, PBD sering diubahsuai, dari sistem gred hingga rekod pencapaian murid, dan guru diberikan autonomi dalam pelaksanaannya.
“Istilah seperti 'penambahbaikan berterusan', 'penjajaran', 'intervensi', dan 'penyelarasan' digunakan untuk merasionalkan eksperimen ini, menunjukkan bahawa PBD masih dalam fasa percubaan dan belum stabil,” katanya.
Eksperimen terbaru pada Mac 2024 memperkenalkan PBD mesra ibu bapa dalam dokumen intervensi kurikulum. Bagaimanapun, murid menjadi 'tikus makmal' dalam eksperimen ini. Selama tujuh tahun sejak 2017, PBD masih dalam proses eksperimen dan belum menunjukkan hasil yang mantap.
Dalam membincangkan isu UPSR dan PBD, Anuar berkata penggunaan istilah 'seperti tikus membaiki labu' adalah lebih tepat berbanding 'seperti tikus makmal' kerana PBD masih dalam fasa eksperimen, sementara UPSR telah terbukti keberkesanannya selama lebih tiga dekad. - Media Telus
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
