TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk Kampung Morten risau buaya lapar naik ke darat cari makanan

By
|
Kongsi
image

MELAKA 8 Okt - Seekor buaya yang 'kelaparan' disyaki akibat kekurangan sumber makanan dikesan membaham biawak di Sungai Melaka di sini, pagi tadi.

Kejadian jam 9 pagi itu mencetus kekecohan dalam kalangan pengunjung dan penduduk yang terkejut menyaksikan serangan ganas reptilia dianggarkan sepanjang tiga meter dari kawasan pejalan kaki berhampiran Kampung Morten, di sini.

Satu klip video berdurasi satu minit dirakam penduduk turut tular memaparkan kelibat buaya berenang mengekori seekor biawak besar sebelum menyerangnya.

Penduduk Kampung Morten, Mohd Daud Mohd, 56, bimbang dengan kejadian itu dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera.

"Ini kali pertama saya menyaksikan buaya di sungai ini menyerang dan membaham biawak. Nampaknya buaya ini makin ganas, bimbang jika ia menyerang manusia pula.

"Mungkin disebabkan sumber makanannya makin terhad, ia memakan biawak pula yang banyak di sungai ini," katanya dalam laporan Berita Harian.

Katanya, dia bimbang buaya naik ke darat terutama di kawasan pejalan kaki di hadapan sebuah pusat beli belah di tepi sungai berkenaan yang agak rendah dan menjadi habitatnya kerana dilitupi pokok bakau.

Dalam pada itu, Pengarah PERHILITAN Melaka, Petra Sulai ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan pemantauan segera di lokasi. 

+ - reset