Berita Jenayah
Polis ambil keterangan wanita dakwa sudah berkahwin dengan Tengku Hassanal
KUANTAN 4 Feb. - Polis telah merakam keterangan seorang wanita berusia 38 tahun berhubung dakwaan hantaran di media sosial yang menyatakan dia telah berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, memaklumkan bahawa siasatan hampir selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
"Kami berjaya mengesan wanita tersebut di Perak dan telah merakam keterangannya. Wanita yang tidak mempunyai pekerjaan itu memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.
Tambah beliau, pihak polis kini berada di peringkat akhir siasatan sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada TPR bagi tindakan selanjutnya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
