Berita Berita
Kerajaan rugi RM933.4 juta tahun lalu akibat banjir, Kelantan paling terjejas
KUALA LUMPUR 19 Mac – Jumlah keseluruhan kerugian akibat banjir pada tahun 2024 dianggarkan mencecah RM933.4 juta, meningkat berbanding RM755.4 juta pada tahun sebelumnya, dengan Kelantan, Kedah, dan Terengganu menjadi negeri paling terjejas.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah kerugian ini bersamaan 0.05 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, berbanding 0.04 peratus pada tahun 2023.
Menurutnya, tempat kediaman mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM372.2 juta, melonjak daripada RM168.3 juta tahun lalu. Aset awam dan infrastruktur pula mengalami kerugian sebanyak RM303.4 juta, manakala sektor pertanian meningkat kepada RM185.2 juta berbanding RM120.6 juta pada tahun sebelumnya.
Selain itu, premis perniagaan mengalami kerugian sebanyak RM54.1 juta, manakala kerosakan kenderaan dan sektor pembuatan masing-masing mencatatkan RM17.3 juta dan RM1.2 juta.
Dari segi kerugian tempat kediaman, Kelantan mencatatkan angka tertinggi sebanyak RM139.0 juta, diikuti Terengganu (RM103.1 juta) dan Kedah (RM54.0 juta).
Di Kelantan, daerah yang paling terjejas ialah Pasir Mas dengan kerugian RM46.2 juta, diikuti Tumpat (RM31.7 juta) dan Kota Bharu (RM19.2 juta).
Sementara itu, di Terengganu, Besut mengalami kerugian tertinggi bagi tempat kediaman sebanyak RM38.4 juta, diikuti Setiu (RM16.1 juta) dan Kemaman (RM14.2 juta).
Bagi Kedah, Kota Setar dan Kubang Pasu masing-masing mencatatkan kerugian RM22.0 juta dan RM9.4 juta, diikuti Baling dengan RM6.9 juta.
Kelantan juga mengalami kerugian premis perniagaan tertinggi berjumlah RM27.1 juta, diikuti Terengganu (RM16.4 juta) dan Kedah (RM4.3 juta).
Pasir Mas dan Kota Bharu mencatatkan impak kewangan terbesar di Kelantan, masing-masing dengan kerugian RM9.8 juta, manakala Tumpat merekodkan RM5.0 juta.
Di Terengganu, Besut mengalami kerugian tertinggi sebanyak RM6.4 juta, diikuti Setiu (RM2.9 juta) dan Dungun (RM1.9 juta).
Bagi Kedah, Kota Setar mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM2.8 juta, diikuti Baling (RM0.8 juta) dan Pokok Sena (RM0.4 juta).
Dalam kategori kerosakan kenderaan, Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM5.8 juta, diikuti Kelantan (RM4.0 juta) dan Kedah (RM2.1 juta).
Di Terengganu, Besut mengalami kerugian terbesar sebanyak RM1.4 juta, manakala di Kelantan, Tumpat mencatatkan kerosakan tertinggi berjumlah RM1.8 juta.
Bagi sektor pembuatan, Kelantan mencatatkan kerugian sebanyak RM1.1 juta, dengan Pasir Mas mengalami impak tertinggi sebanyak RM1.0 juta.
Secara keseluruhannya, peningkatan ketara dalam jumlah kerugian akibat banjir tahun ini menunjukkan perlunya langkah mitigasi yang lebih kukuh bagi menghadapi bencana alam di masa hadapan.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
