Berita Berita
Dua budak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan merempit di KL - JPJ
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun antara yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam selepas mereka dikesan berlumba haram di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata kedua-dua kanak-kanak tersebut antara 38 penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi berkenaan.
Beliau menambah, ibu bapa kedua-dua remaja tersebut telah dipanggil untuk memberi penjelasan dan tindakan terhadap penjaga mereka sedang dipertimbangkan kerana membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal.
"Kanak-kanak bawah umur ini menyertai perlumbaan haram dengan menunggang motosikal yang telah diubah suai secara haram, termasuk pada bahagian ekzos dan sistem brek," katanya pada Majlis Ihya Ramadan JPJ Kuala Lumpur semalam.
Beliau menekankan kebimbangan kerana selain berusia bawah umur, motosikal yang digunakan juga telah diubah suai tanpa kebenaran.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 196 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, sementara 19 motosikal disita kerana diubah suai pada struktur, enjin, dan ekzos.
Kesalahan utama yang dikesan termasuk menunggang tanpa lesen sah dan pengubahsuaian motosikal secara haram.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
