Berita Ekonomi
Johari Shukri Jamil dilantik Presiden, CEO baharu UDA Holdings
KUALA LUMPUR 2 Mei - UDA Holdings Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.
Pelantikan Johari yang berpengalaman lebih 28 tahun dalam pelbagai sektor korporat diyakini dapat memperkukuh hala tuju UDA. Sepanjang kerjayanya, beliau terlibat dalam bidang hartanah dan pembinaan, pelaburan hartanah, pembangunan perindustrian, logistik, minyak dan gas, serta kejuruteraan.
Sebelum ini, Johari merupakan Pengarah Urusan Kumpulan PASDEC Holdings Berhad dan pernah menjawat jawatan CEO dan Pengarah Eksekutif di Hektar Asset Management Sdn Bhd, pengurus kepada Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT). Di bawah kepimpinannya, Hektar REIT berjaya melalui fasa pemulihan selepas pandemik dengan memacu semula pertumbuhan syarikat serta mempelbagaikan operasi.
UDA dalam kenyataannya menyatakan bahawa pencapaian Johari dalam aspek transformasi dan penciptaan nilai dilihat sebagai aset penting bagi menerajui fasa pertumbuhan seterusnya. Malah, sumbangan beliau diiktiraf apabila dinobatkan sebagai “Malaysia Top Achiever 2023” bagi kategori CEO of The Year – Leadership Excellence in REIT Management oleh The Leaders Online.
Sebelum ini, beliau juga pernah memegang jawatan strategik di beberapa syarikat ternama termasuk Iskandar Investment Berhad, EA Technique (M) Berhad, Tanjung Langsat Port Sdn Bhd, serta syarikat-syarikat di bawah Johor Corporation.
Sementara itu, Pengerusi UDA, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mewakili Lembaga Pengarah merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) atas persetujuan terhadap pelantikan ini. Beliau menzahirkan keyakinan bahawa Johari akan membawa pembaharuan melalui pendekatan dan dimensi baharu selari dengan misi UDA.
Katanya lagi, Johari diharap dapat memastikan objektif asal penubuhan UDA – untuk memperkasa pembangunan ekonomi dan sosial Bumiputera – terus menjadi keutamaan dalam setiap inisiatif syarikat. - Media Telus
Berita berkaitan
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
