Berita Jenayah
Polis rakam keterangan lima individu kes buli pelajar tingkatan dua di USJ 4

SUBANG 7 Mei - Polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua yang menjadi mangsa buli dan pukul oleh rakan sekolahnya di sebuah sekolah di USJ 4, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan bahawa keterangan telah diambil daripada mangsa serta beberapa individu lain termasuk pelajar yang disyaki terlibat dan guru sekolah tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pelajar berkenaan mengalami trauma selepas menjadi mangsa buli dan dipukul oleh beberapa pelajar lain sejak bulan lalu. Kejadian tersebut hanya diketahui oleh bapanya yang berusia 43 tahun pada 2 Mei lalu, sebelum beliau membuat laporan polis.
Mangsa mendakwa telah ditumbuk di muka oleh seorang pelajar pada 29 April. Beberapa hari kemudian, pada 2 Mei, dia sekali lagi dibuli apabila didatangi oleh tiga pelajar lain dan berlaku pergelutan antara mereka. - Media Telus
Berita berkaitan
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
'Abuya' didakwa lagi 6 pertuduhan cabul pelajar lelaki di rumah, masjid
September 24, 2025, 10:19 am
Lelaki warga Malaysia berdepan hukuman mati, dicekup cuba seludup dadah lebih 3.8kg di Singapura
September 19, 2025, 8:48 am
Pekerja pembersihan ditahan disyaki cabul kanak-kanak di tandas awam
September 18, 2025, 7:07 pm