Berita Jenayah
Warga emas maut bergaduh di rumah orang tua di Lumut, polis siasat bawah Seksyen 302
LUMUT 18 Sept - Seorang lelaki berusia 73 tahun maut selepas bergaduh dengan rakan sebaya di sebuah rumah orang tua di Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor, semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian pada jam 2.30 petang.
Menurut beliau, pergaduhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri, manakala suspek bertindak keluar dari rumah berkenaan.
“Mangsa yang cedera di kepala disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 tengah hari oleh petugas Klinik Kesihatan Pangkor yang tiba di lokasi kejadian.
“Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya hari ini.
Hasbullah berkata, hasil maklumat awam, polis berjaya menahan suspek pada hari sama sekitar jam 2.30 petang di hadapan sebuah kedai makan di Sungai Pinang Kecil.
Katanya, Majistret Mahkamah Seri Manjung membenarkan lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Sukjit Singh a/l Jagara Singh di talian 019-550 5536 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung melalui 05-688 6222 / hotline 017-682 8005.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
