Berita Jenayah
'Abuya' didakwa lagi 6 pertuduhan cabul pelajar lelaki di rumah, masjid
PASIR MAS 24 Sept – Seorang mudir sebuah madrasah di Tumpat, dikenali sebagai Abuya, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan baharu melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki.
Tertuduh, Muhammad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Aswadi yang juga seorang guru agama didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 14 tahun itu di dua lokasi berasingan sebuah rumah dan sebuah masjid di Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat.
Perbuatan tersebut didakwa berlaku antara jam 12 tengah hari hingga 5.30 petang dari 3 Mac hingga 9 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi.
Siti Aiysha mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan, namun Mohd Irwan memohon jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya sebelum ini telah dikenakan jumlah keseluruhan RM63,000 dalam kes lain.
“Anak guam saya juga dikenakan jaminan RM18,000 bagi kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 18 September. Jumlah keseluruhan ialah RM63,000 walaupun kes berbeza, ia perlu diambil kira,” katanya.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, tertakluk kepada syarat tidak mengganggu saksi dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.
Tertuduh membayar jaminan tersebut, manakala mahkamah menetapkan 11 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan, pada 11 September lalu, Muhammad Aswadi berdepan tujuh pertuduhan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki serta memiliki gambar lucah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas.
Manakala pada 18 September, dia turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua lagi pertuduhan amang seksual membabitkan seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
