TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis rakam keterangan lima individu kes buli pelajar tingkatan dua di USJ 4

By
|
Kongsi
image

SUBANG 7 Mei - Polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua yang menjadi mangsa buli dan pukul oleh rakan sekolahnya di sebuah sekolah di USJ 4, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan bahawa keterangan telah diambil daripada mangsa serta beberapa individu lain termasuk pelajar yang disyaki terlibat dan guru sekolah tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pelajar berkenaan mengalami trauma selepas menjadi mangsa buli dan dipukul oleh beberapa pelajar lain sejak bulan lalu. Kejadian tersebut hanya diketahui oleh bapanya yang berusia 43 tahun pada 2 Mei lalu, sebelum beliau membuat laporan polis.

Mangsa mendakwa telah ditumbuk di muka oleh seorang pelajar pada 29 April. Beberapa hari kemudian, pada 2 Mei, dia sekali lagi dibuli apabila didatangi oleh tiga pelajar lain dan berlaku pergelutan antara mereka. - Media Telus

+ - reset