Berita Ekonomi
Rianlon Corp bakal melabur RM820 juta di Johor, Anwar tinjau perkembangan ECRL
TIANJIN 1 Sept - Syarikat global terkemuka dalam bidang polimer anti-penuaan dan kosmetik, Rianlon Corporation, mengumumkan komitmen menubuhkan kilang pembuatan serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor dengan pelaburan bernilai RM820 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata projek berkenaan bakal membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat tempatan.
“Pelaburan ini akan membuka peluang kepada pekerjaan berkemahiran tinggi dalam kalangan rakyat,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rianlon, Li Haiping dan Ketua Pegawai Teknologi, Sun Chunguang di Hotel Banyan Tree Tianjin Riverside, hari ini.
Pertemuan itu berlangsung sempena lawatan kerja empat hari Perdana Menteri ke China.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan tertinggi China Communications Construction Company Limited (CCCC), kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Bersama CCCC, saya meneliti perkembangan projek ECRL yang kini menjadi lambang persahabatan antara Malaysia dan China di bawah Belt and Road Initiative (BRI).
“Insya-Allah, ECRL akan merapatkan jurang pembangunan wilayah dan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang, dijangka meningkatkan kesalinghubungan penumpang dan kargo antara negeri Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dengan Lembah Klang di Pantai Barat.
Pembinaan Fasa 1 (Kota Bharu–Terminal Bersepadu Gombak) dijadualkan siap pada Disember 2026 dengan operasi bermula Januari 2027. Sementara itu, Fasa 2 (Gombak–Pelabuhan Klang) dijangka siap pada Disember 2027 dan mula beroperasi sepenuhnya Januari 2028.
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
