Berita Ekonomi
Saham Astro jatuh merudum ke paras terendah, keuntungan merosot hampir 70 peratus
KUALA LUMPUR 26 Sept - Saham Astro Malaysia Holdings Bhd terus merudum ke paras terendah dalam sejarah apabila mencecah 13 sen pada sesi dagangan pagi ini, susulan laporan kewangan suku kedua yang jauh di bawah jangkaan pasaran.
Lebih sejuta unit saham bertukar tangan hari ini, mengekalkan kejatuhan nilai syarikat media berbayar itu yang berdepan tekanan berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagi suku berakhir 31 Julai 2025, keuntungan bersih Astro merosot kepada RM16.39 juta berbanding RM54.71 juta pada tempoh sama tahun lalu, manakala perolehan susut kepada RM683.21 juta daripada RM787.30 juta, dipengaruhi hasil langganan, jualan hak pemprograman serta pendapatan iklan yang lebih rendah.
Secara keseluruhan bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan ini, keuntungan bersih turun kepada RM29.87 juta berbanding RM71.72 juta sebelumnya, dengan perolehan susut 11.1 peratus kepada RM1.39 bilion.
Menurut TA Securities Research, penjenamaan semula perkhidmatan televisyen berbayar Astro di bawah inisiatif Astro One gagal mencapai peningkatan langganan seperti yang diharapkan, malah mencetuskan fenomena cannibalisationapabila pelanggan beralih ke pakej lebih murah.
“Akibatnya, pendapatan merosot. Walaupun pengurusan menjangkakan purata hasil setiap pengguna (ARPU) akan stabil, jumlah pelanggan tidak meningkat. Kami mengambil pendekatan berhati-hati sehingga wujud tanda pemulihan lebih jelas,” kata firma penyelidikan itu dalam nota analisisnya.
TA Securities turut memberi amaran bahawa sentimen pengguna yang suram dan cabaran makroekonomi akan terus mengekang prospek pertumbuhan Astro serta memperlahankan pelaksanaan inisiatif transformasi syarikat.
Namun, pihak pengurusan menegaskan komitmen mereka terhadap agenda transformasi jangka panjang, termasuk memperkukuh kandungan tempatan, memperluas perniagaan sampingan seperti sooka, Astro Fibre, penyelesaian perusahaan dan pengiklanan terarah, selain penstrukturan semula kos legasi.
Berita berkaitan
September 2, 2026, 12:18 pm
Ringgit Ease pelihara pasaran kewangan Islam menerusi pelancaran platform finEZ
August 26, 2026, 2:33 pm
Proton sasar jualan 200,000 unit tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
August 3, 2026, 12:43 pm
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
