Berita Ekonomi
Sahur bersama Seri Aji santuni 20 PPR

KUALA LUMPUR 3 MAC – Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) menganjurkan Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 yang bertujuan merevolusikan penyediaan sahur menjadi pengalaman berharga, cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Selain itu, kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Objektif utamanya termasuk menggalakkan pemakanan seimbang, mempromosikan konsep Sahur yang ringkas, dan menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga.
Semasa kempen ini, AMB juga akan mengedarkan pek produk yang dapat memberi manfaat kepada 25,000 isi rumah di 20 lokasi PPR berbeza di sekitar Lembah Klang. Kami berharap dengan langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Sahur dengan pilihan hidangan yang seimbang dan ringkas.
Pada masa sama, terdapat beberapa aktiviti menarik yang akan dianjurkan di PPR Seri Alam Fasa 2 dan Dewan PPR Lembah Subang 2 iaitu demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah.
Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 ini akan bermula pada 14 Februari hingga 9 April 2024 dengan slogan "Konfem Senang, Konfem Sedap". Peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM20,000 dalam peraduan Beli & Menang.
Hadiah termasuk hadiah utama Bar Emas seberat 5g untuk lima pemenang bertuah, berserta hadiah mingguan TnG e-Dompet bernilai RM11,000 secara keseluruhan. Penyertaan adalah mudah dengan hanya beli produk Seri-Aji® bernilai RM6 sudah melayakkan anda untuk menyertai peraduan. Layari smartcooking.com.my untuk maklumat lanjut.
Sertai kami dalam perjalanan yang menarik ini dengan melakukan persiapan sahur yang mudah dan ringkas untuk anda sekeluarga. Dengan Seri-Aji®, ia bukan sahaja mengenai kemudahan – ia berkaitan mencipta detik berharga yang tidak dapat dilupakan. - Media Telus
#ajinomoto #seriaji #sahur #bersahurbersamaseriaji
Berita berkaitan
May 2, 2025, 10:40 am
Johari Shukri Jamil dilantik Presiden, CEO baharu UDA Holdings
April 28, 2025, 5:22 pm
Continental tutup kilang tayar di Alor Setar menjelang akhir tahun ini
April 22, 2025, 12:19 pm
AS kenakan cukai import tinggi produk solar dari Malaysia
April 17, 2025, 1:17 pm
Harga emas dijangka cecah RM496.24 segram menjelang akhir tahun
April 11, 2025, 1:13 pm
Pengeluaran Harumanis Perlis dijangka menurun
April 11, 2025, 10:47 am
Harga emas lonjak ke paras tertinggi RM455.62 segram susulan ketegangan perdagangan AS-China
April 10, 2025, 11:31 am
Malaysia bincang ketidaktentuan dasar tarif AS dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am