Berita Ekonomi
Harga emas dijangka cecah RM496.24 segram menjelang akhir tahun
KUALA LUMPUR 17 April - BIMB Securities menjangkakan harga emas akan melonjak ke AS$3,500 seauns (RM496.24 segram) menjelang akhir 2025, didorong oleh kemerosotan dolar AS, ketidaktentuan pasaran dan sentimen geopolitik global.
Menurut firma itu, pelabur kini melihat emas sebagai aset strategik, bukan sekadar pelindung inflasi, memandangkan krisis bon AS, dasar agresif pentadbiran Trump, serta peningkatan permintaan institusi – termasuk pembelian besar-besaran oleh bank pusat China.
Permintaan emas oleh institusi global kini mewakili 26.1% daripada jumlah keseluruhan, dua kali ganda berbanding sedekad lalu.
BIMB turut menyatakan bahawa harga emas mungkin mengalami pembetulan jangka pendek akibat pengambilan untung atau pemulihan dolar, namun ia hanya dilihat sebagai peluang beli, bukan ancaman terhadap trend kenaikan jangka panjang. - Media Telus
Berita berkaitan
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
