Berita Ekonomi
Malaysia bincang ketidaktentuan dasar tarif AS dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN

KUALA LUMPUR 10 April - Malaysia akan mengetengahkan isu ketidaktentuan dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dalam Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN yang berlangsung pagi ini, dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menurut beliau, perubahan terbaharu dasar tarif AS yang melibatkan penangguhan kenaikan tarif untuk kebanyakan negara, tetapi menekan China dengan cukai lebih tinggi, perlu diberi perhatian serius.
"Langkah AS ini dialu-alukan, namun pada masa sama, ketidaktentuan ini menimbulkan persoalan mengenai hala tuju perdagangan global dan kesannya terhadap ASEAN," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi.
Dalam perkembangan terbaru, Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan penangguhan dan pengurangan kadar tarif baharu kepada 10 peratus bagi hampir semua rakan dagang AS – kecuali China – selama 90 hari.
Tindakan ini bertujuan membuka ruang untuk rundingan perdagangan. Beberapa jam sebelum itu, AS telah mengenakan tarif timbal balik yang lebih ketat terhadap barangan dari hampir 90 negara.
Namun, berbeza dengan pendekatan terhadap negara lain, AS mengenakan tarif lebih tinggi ke atas import dari China, dengan kadar cukai mencecah 125 peratus berkuat kuasa serta-merta – sekali gus mencetuskan konfrontasi terbuka antara dua ekonomi terbesar dunia.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata Malaysia sedang menilai implikasi perubahan ini dan komited bekerjasama erat dengan negara anggota ASEAN.
"Kerjasama serantau amat penting dalam mengurangkan gangguan, mengukuhkan daya tahan ekonomi, dan memastikan hubungan perdagangan yang stabil dan seimbang," jelasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia akan kekal sebagai rakan dagang dan pelaburan yang terbuka kepada semua negara, termasuk AS dan China, sambil terus mencari penyelesaian menang-menang dalam isu perdagangan antarabangsa.
"Strategi kami ialah mempelbagaikan pasaran, meneroka peluang baharu dan memperkukuh hubungan sedia ada, sebagai langkah berwaspada terhadap ketidaktentuan global," tambahnya.
Tengku Zafrul menutup kenyataannya dengan menegaskan bahawa keutamaan Malaysia adalah untuk terus menyesuaikan diri dalam landskap ekonomi global yang berubah-ubah, sambil memastikan kemakmuran dan daya saing negara sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
July 18, 2025, 2:46 pm
Zambia tarik minat pelabur global, 2 syarikat Malaysia ikat perjanjian bernilai USD4 juta
July 18, 2025, 12:33 pm
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.5 peratus pada suku kedua 2025
July 15, 2025, 3:43 pm
Delegasi Malaysia teroka peluang ekonomi berkembang di Zambia
July 1, 2025, 12:41 pm
BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas separuh kedua 2025 – HLIB
June 30, 2025, 6:25 pm
ASB 3 didik umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit, libatkan RM423 juta
June 23, 2025, 11:07 am
Harga minyak melonjak susulan serangan AS ke atas Iran, cetus kebimbangan bekalan global
June 19, 2025, 2:46 pm
IMCJF terima 400 pertanyaan, 6 pelaburan disahkan dalam tempoh lima bulan
June 17, 2025, 3:54 pm
Kerajaan dahulukan rasionalisasi subsidi RON95 sebelum laksana cukai karbon – Amir Hamzah
June 17, 2025, 10:50 am