Berita Ekonomi
Continental tutup kilang tayar di Alor Setar menjelang akhir tahun ini
KUALA LUMPUR 28 April - Pengeluar tayar dari Jerman, Continental, mengumumkan akan menamatkan operasi pembuatan tayarnya di kilang Alor Setar, Kedah menjelang hujung tahun ini.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses semakan perniagaan secara terperinci, bertujuan untuk melindungi daya saing serta meningkatkan prestasi perniagaannya di rantau Asia-Pasifik.
“Usaha ini dilaksanakan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan. Syarikat juga berhasrat mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluaran,” katanya.
Kilang Continental di Kedah, yang mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan dan motosikal, kini menggaji seramai 950 pekerja.
“Syarikat memberikan keutamaan untuk menyokong pekerja dengan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya serta meneroka peluang pekerjaan baharu, sama ada dalam Continental mahupun di luar syarikat,” tambah kenyataan itu.
Walaupun operasi kilang di Kedah akan dihentikan, Continental menegaskan komitmennya terhadap pelanggan dan rakan niaga serta menyatakan bahawa Malaysia akan kekal sebagai pasaran utama di Asia-Pasifik.
Untuk rekod, fasiliti pembuatan tersebut mula beroperasi pada 20 Disember 1979, dan sejak Mei 2012, kilang itu menjadi anak syarikat milik penuh Continental, meliputi kawasan seluas kira-kira 133,000 meter persegi. - Media Telus
Berita berkaitan
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
