Berita Ekonomi
Ringgit stabil, catat peningkatan sejak awal tahun – BNM
KUALA LUMPUR 14 Nov – Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS dengan kenaikan kecil sebanyak 0.05 peratus pada suku ketiga 2025, selain mencatat pertumbuhan 8.2 peratus sejak awal tahun hingga 12 November 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pergerakan ringgit dipengaruhi faktor luaran serta dalam negeri.
Beliau berkata, di luar negara, langkah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat melonggarkan dasar monetari pada September dan jangkaan pengurangan kadar susulan kebimbangan terhadap prospek ekonomi AS telah menyokong ringgit dalam tempoh tersebut.
“Selain itu, pengumuman mengenai perjanjian perdagangan antara AS dan sebahagian rakan dagangannya termasuk Malaysia membantu meredakan ketidakpastian tarif serta memperbaiki sentimen.
“Perkembangan ini turut menyokong prestasi ringgit pada suku ketiga 2025,” katanya.
Menurut Abdul Rasheed, prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif serta komitmen kerajaan terhadap pembaharuan struktur dan kemampanan fiskal terus memberi sokongan kepada ringgit.
“BNM kekal komited memastikan pasaran pertukaran asing domestik berfungsi dengan teratur,” katanya.
BNM turut memaklumkan nilai kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit meningkat 0.8 peratus pada suku ketiga 2025 dan 5.3 peratus sejak awal tahun berbanding mata wang rakan dagangan utama.
Sementara itu, kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang 5.9 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 5.2 peratus pada suku kedua.
“Bon korporat terkumpul berkembang 7.3 peratus (suku kedua: 4.3 peratus) manakala pertumbuhan pinjaman terkumpul kekal pada 5.6 peratus,” menurut kenyataan itu.
BNM berkata, pinjaman perniagaan meningkat 5.4 peratus berbanding 4.5 peratus pada suku sebelumnya, dipacu peningkatan pinjaman berkaitan pelaburan khususnya melibatkan syarikat bukan PKS.
Pertumbuhan pinjaman PKS juga bertambah sedikit, didorong permintaan berterusan untuk modal kerja.
“Pertumbuhan pinjaman isi rumah menurun sedikit kepada 5.7 peratus (suku kedua: 6 peratus) berikutan perlahanan dalam pinjaman peribadi.
“Namun, permintaan bagi pinjaman isi rumah kekal stabil dengan kelulusan pinjaman yang berterusan,” katanya.
Berita berkaitan
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
