Berita Dunia
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
HATYAI, THAILAND – Angka korban akibat bencana banjir yang melanda bandar ini sejak Sabtu lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 105 orang dalam tempoh lima hari, menurut pihak berkuasa tempatan.
Jurucakap Pusat Operasi Kecemasan Banjir (Focec) Selatan Thai, Siripong Angkasakulkiat, berkata jumlah itu dilaporkan Unit Sains Forensik Polis Wilayah 9 pada malam tadi.
Beliau berkata, setakat ini 85 mayat telah melalui proses pengesahan termasuk bedah siasat, manakala lebih 20 lagi masih dalam siasatan pihak berkuasa.
“Pihak kesihatan melaporkan 85 kematian direkodkan sejak banjir melanda Wilayah Songkhla pada 22 November hingga semalam.
“Daripada jumlah itu, 55 kes disahkan mati lemas manakala 30 kematian disebabkan faktor lain termasuk komplikasi penyakit serius. Baki 20 mayat pula masih dalam proses siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Siripong, kesemua mayat ditempatkan di Hospital Songklanagarind dan pihak hospital telah menambah kemudahan peti simpanan mayat bagi menghadapi situasi kecemasan susulan peningkatan mendadak jumlah korban.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan angka kematian akan terus meningkat.
Dalam perkembangan sama, Focec setakat ini tidak menerima sebarang laporan membabitkan warganegara Malaysia yang terkorban dalam kejadian berkenaan.
“Kami mahu memastikan semua data yang dikeluarkan tepat bagi mengelakkan kekeliruan. Semua angka kematian yang diumumkan diselaraskan dengan Pusat Pentadbiran Situasi Kecemasan Wilayah dan Kementerian Kesihatan,” jelasnya.
Tambah beliau, air banjir dijangka surut sehingga berada di bawah paras tebing sungai di kebanyakan kawasan menjelang petang ini dan satu mesyuarat khas akan diadakan bagi merancang operasi seterusnya termasuk usaha menyelamat mangsa.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
Nyaris dibawa arus, aksi 'heroic' pengawal pantai selamatkan nyawa kanak-kanak dipuji ramai
July 28, 2026, 3:47 pm
Remaja 15 tahun ditahan susulan insiden tembakan di 'food fest'
July 27, 2026, 8:05 pm
'Tak sangka jadi macam ini', aisbeg gergasi terbalik depan mata
July 27, 2026, 11:15 am
Rupiah susut teruk akibat konflik Asia Barat, Gabenor Bank Indonesia letak jawatan lebih awal
July 26, 2026, 8:12 pm
Tiada rakyat Malaysia terjejas di Berlin
July 26, 2026, 4:15 pm
Trump arah tentera AS tangguh serangan ke atas Iran
July 26, 2026, 1:03 pm
