Berita Dunia
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
KATHMANDU 30 OGOS — Suasana cemas dan penuh mendebarkan meragut ketenteraman sebuah kawasan perumahan di Nepal apabila limpahan banjir lumpur dan arus deras melanda kawasan petempatan berkenaan, memusnahkan struktur bangunan serta melumpuhkan laluan perhubungan.
Kejadian bencana alam yang berlaku itu menyaksikan arus air lumpur berwarna coklat pekat mengalir deras melintasi kawasan perumahan.
Hakisan tanah serta limpahan air yang sangat dahsyat telah merobohkan dan menterbalikkan beberapa struktur rumah berhampiran dalam sekelip mata.
Di tengah-tengah keadaaan huru-hara tersebut, satu rakaman video merakamkan detik mendebarkan apabila sekeluarga dilihat terperangkap di balkoni tingkat atas sebuah kediaman bertingkat berwarna hijau muda.
Bangunan kediaman mereka kini berdiri bagaikan pulau kecil yang dikelilingi oleh lautan arus deras dan runtuhan lumpur.
Ahli keluarga berkenaan, termasuk kanak-kanak dan warga emas, berkumpul di balkoni sambil memerhati aliran air deras yang menghentam bahagian bawah bangunan dan merobohkan struktur jiran berdekatan.
Ketinggian air dan runtuhan tanah di sekeliling telah menutup terus akses jalan darat, menyebabkan mereka tiada laluan untuk melarikan diri ke kawasan selamat.
Manakala di kawasan tanah tinggi yang berdekatan, penduduk tempatan yang terselamat berkumpul dan menyaksikan kejadian itu dengan penuh kebimbangan.
Sebahagian daripada mereka kelihatan cuba membuat panggilan kecemasan serta memberi responds awal untuk memohon bantuan helikopter menyelamat bagi memindahkan mangsa yang terperangkap.
Namun begitu, keluarga itu dipercayai selamat susulan rakaman sebuah video menyaksikan struktur bangunan rumah masih gah berdiri tanpa ditenggelami air arus deras.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
Rakaman runtuhan bongkah ais, batu sebelum becana besar melanda sempadan Nepal-China
August 25, 2026, 12:56 pm
Thailand perketat penguatkuasaan trafik termasuk dari Malaysia
August 25, 2026, 12:40 pm
Pattani bergegar lagi, polis tahan dua suspek
August 24, 2026, 8:33 pm
