Berita Dunia
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
CHITWAN 28 OGOS - Polis menahan dua suspek kerana disyaki terbabit dalam kes mengambil subang daripada telinga mayat mangsa yang maut dalam banjir di Nepal, selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Menurut Pejabat Polis Daerah Chitwan, siasatan dilancarkan selepas video memaparkan perbuatan mengambil subang daripada telinga seorang mangsa yang sudah meninggal dunia, yang dihanyutkan banjir di Sungai Bhote Koshi susulan tanah runtuh besar dari sempadan Nepal-Tibet-China.
Ketika siasatan dijalankan, polis menahan individu yang dilihat dalam video itu pada Khamis berhampiran Pokhara Buspark di Bharatpur Metropolitan City-1, kata Ketua Polis Daerah Chitwan, Rameshwar Poudel.
Kedua-dua suspek yang ditahan itu diserahkan kepada Pejabat Polis Daerah Chitwan untuk siasatan lanjut.
Mereka dikenal pasti sebagai Madan Gurung, 25, penduduk Vinay Triveni Municipality-1, Nawalparasi, yang kini tinggal di rumah bapa saudaranya di Lilachok, Bharatpur Metropolitan City-1.
Suspek kedua ialah Umesh Chaudhary, 38, penduduk Chandbela Municipality-5, Sunsari, yang kini menetap di Supari Tole, Pokhara Buspark, Bharatpur Metropolitan City-2.
Pejabat Polis Daerah Chitwan berkata, kedua-dua individu itu dikenal pasti dan ditahan berdasarkan video yang memaparkan mereka mengambil subang daripada mayat mangsa.
Polis kini meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
