Berita Dunia
Banjir Sumatera: Bantuan dari Malaysia 'tidak seberapa, bukan dari kerajaan' - Menteri Dalam Negeri Indonesia
JAKARTA 15 Dis - Isu bantuan dari Malaysia kepada mangsa banjir di Sumatera yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat indonesia, termasuk dakwaan bahawa Malaysia bertindak lebih pantas dan menyalurkan bantuan berskala besar berbanding kerajaan Indonesia.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, tampil menjelaskan situasi sebenar dan menegaskan bahawa naratif tersebut tidak selari dengan fakta di lapangan.
Menurut beliau, bantuan yang diperkatakan secara meluas itu bukan disumbangkan oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya datang daripada pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu.
“Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” katanya dalam satu sesi audio siar SLM – Suara Lokal Mengglobal baru-baru ini.
Tito menjelaskan, bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan bekalan ubat-ubatan dengan nilai kira-kira RM300,000, jumlah yang dianggap kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta kemampuan kerajaan.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan Indonesia telah menggerakkan peruntukan bernilai berbilion rupiah dan melibatkan 52 daerah serta bandar yang terjejas, selain mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis dan agensi berkaitan sejak hari pertama kejadian.
Menurutnya, persepsi bahawa bantuan Malaysia lebih besar dan pantas timbul akibat penyampaian maklumat yang tidak menyeluruh di media sosial.
“Isunya bukan pada bantuan itu sendiri, tetapi pada gambaran yang terbentuk,” katanya.
Tito turut mengingatkan bahawa salah faham sebegini boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara sendiri dalam menguruskan bencana.
Walaupun bantuan luar sentiasa dihargai, beliau menegaskan bahawa sumbangan berskala kecil tidak seharusnya mencetuskan gambaran seolah-olah Indonesia bergantung kepada negara lain.
“Kita memiliki keupayaan besar dan telah bertindak secara menyeluruh. Bantuan luar yang terhad tidak wajar disalah tafsir,” katanya.- Agensi
Berita berkaitan
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
Nyaris dibawa arus, aksi 'heroic' pengawal pantai selamatkan nyawa kanak-kanak dipuji ramai
July 28, 2026, 3:47 pm
Remaja 15 tahun ditahan susulan insiden tembakan di 'food fest'
July 27, 2026, 8:05 pm
'Tak sangka jadi macam ini', aisbeg gergasi terbalik depan mata
July 27, 2026, 11:15 am
Rupiah susut teruk akibat konflik Asia Barat, Gabenor Bank Indonesia letak jawatan lebih awal
July 26, 2026, 8:12 pm
Tiada rakyat Malaysia terjejas di Berlin
July 26, 2026, 4:15 pm
Trump arah tentera AS tangguh serangan ke atas Iran
July 26, 2026, 1:03 pm
