Berita Politik
PAS sedia terajui PN selepas Muhyiddin letak jawatan Pengerusi
KUALA LUMPUR 30 Dis – PAS menyatakan kesediaan untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi gabungan itu yang berkuat kuasa 1 Januari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kesediaan tersebut bertujuan memperkukuh organisasi PN selain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
“PAS menyeru semua pihak supaya bermuhasabah dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan seterusnya mengambil segala langkah bagi memperkukuh lagi kepercayaan rakyat terhadap PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu pagi ini, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN selepas lima tahun menerajui gabungan berkenaan. Dalam kenyataan media yang dimuat naik di Facebook, bekas Perdana Menteri itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan PN atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kepimpinannya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin menegaskan komitmen PAS untuk terus menghormati lunas undang-undang, prinsip demokrasi, konsep Raja Berperlembagaan serta kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, demi kemaslahatan negeri dan rakyat.
Sebelum ini, beberapa pimpinan PAS termasuk Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, menyuarakan desakan agar jawatan Pengerusi PN diberikan kepada PAS.
Hubungan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilihat semakin tegang susulan kemelut politik di Perlis yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang daripada PAS, Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Pergolakan itu turut melibatkan tindakan PAS menghentikan serta-merta keahlian tiga ADUNnya di Perlis selepas mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
